Tuesday 11 April 2017

Hidung berair? Selsema tanpa henti?

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog saya, di harap semuanya sihat2 saja hari ni.

Perasan tak? Bila kita ada anak2 kecil, tapi anak2 selalu sangat selsema atau demam?

Bila dah selsema tu, susah sangat nak sembuh, makan masa berminggu2?

Sebenarnya semua bergantung kepada pemakanan yg di ambil. Kalau makanan yang dimakan menggalakkan penghasilan mucus atau bahasa pasarnya hingus atau kahak. Maka selsema akan mengambil masa untuk sembuh, malah makin teruk!!

Apa dia makanan yang menghasilkan mucus tu? Jom kita tengok gambar.

Antaranya : Jagung, minyak jagung, susu, keju, yogurt, gula, jems dan jeli, ais krim, cookies, butter, cereal, pai, roti, kek, pretzel, makanan bergoreng dan juga soya.

Adakah kita tak boleh untuk makan makanan ini?

Boleh, selepas sembuh dari selsema. Selalunya anak2 kecil yang akan mempunyai masalah selsema bila makan makanan ini secara berlebihan. Jadi kita perlulah mengawal pengambilannya. Ambillah secara berpada2.

Ok, bila ada makanan yang menghasilkan mucus, sudah tentu ada makanan yang mencegah dari penghasilan mucus atau erti kata lain kahak atau hingus.

Antaranya: kobis bunga, bawang putih, asparagus, bawang merah, lemon, limau, grapefruit, sayuran hijau, halia, nenas dan buah oren.

Ini cara saya, bila anak2 mula menunjukkan simptom2 selsema atau demam, saya akan buatkan anak2 sup yang penuh dengan segala jenis bawang dan halia. Lepastu letak ayam. Alhamdulillah, dalam masa kurang seminggu selsema anak2 semakin kurang dan akhirnya sembuh. Cubalah!! Untuk orang dewasa pon OK taw. Makan setiap hari sampai sembuh.


No comments:

Post a Comment