Wednesday 28 March 2018

Mary Kay Beauty Consultant

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hai semua pembaca blog saya. Rasanya dah lama saya biarkan blog ni berhabuk kan.

Ada yang rindu tak?

Tahun 2018 ni adalah tahun yang agak sibuk buat saya. Sebabnya, rutin saya berubah habis. Hihi.

Saya sign up sebagai Beauty Consultant pada Disember 2017. Anak sulung saya pula baru mula bersekolah di tadika.

Saya juga buat job Facial Mobile treatment secara sampingan.

Saya byk hadiri kelas2 yg di anjurkan oleh Unit saya.





Dalam langkah pertama mulakan bisnes, tak semua orang terus berjumpa dgn jalan ke arah kejayaan. Ada orang terpaksa menebas semak samun begitu lama baru dia terjumpa arahnya. Ada orang, hanya perlu effort yg sedikit utk berjaya. Tapi itu semua rezeki.

Apa yang penting, usaha dan tawakal perlu berterusan sehingga kita dapat mencapai apa yg kita impikan.

Mary Kay adalah satu produk yg sangat berkualiti. Tapi, kita perlu ada ilmu.

Kenapa kita perlu ilmu?

Sebab, setiap peroduk Mary Kay mempunyai ingredient yg berbeza, dgn fungsi yg berbeza untuk keadaan kulit yg berbeza dgn tindak balas yg berbeza.

Sebelum saya menyertai kelas2 dalam Mary Kay. Saya tak tahu, kenapa begitu dan kenapa begini.

Sehingga saya pergi menghadiri Product Knowledge yg dibuat oleh Unit saya dlm 1 hari yg sama di seluruh Malaysia.

Sekarang saya sangat yakin untuk menyarankan produk Mary Kay yg terbaik mengikut keadaan kulit pelanggan saya.

Wow! Hebat kan. Eh, baku sangat bahasa ni. Hihihi.

Orite2 reader semua. Kalau ada yg sedang hadapi masalah kulit muka dan tak jumpa lagi jalan penyelesaian. Saya sarankan produk Mary Kay.

Saya boleh bantu anda utk dptkan kulit impian anda taw. InsyaAllah, kita berusaha tapi Allah yg menentukan

#MaryKay

Saturday 20 May 2017

Ada yg nak cari2 hantaran untuk si dia? Ape kate gembirakan hati si dia dengan set Time wise Miracle. Best taw



#naturalbeauty
#ilovemarykay
#simplemakeup
#flawless
#beautywithbrain
#nadeeraorkid
#kulitcantikdansihat
#antiaging
#bukansebarangproduk
#adamineraldanvitamin


Wednesday 19 April 2017

Lipstik adalah 1 keperluan buat wanita?






Lipstik juga salah satu keperluan dalam kehidupan seharian. Kerana bibir juga perlukan suppliment untuk kekal sihat dan lembab.

(Copy paste adalah dilarang keras)

Bibir yang tak dijaga akan menyebabkan, ianya kering, berkuping, luka dan hitam.

Bagi wanita yg sudah berkahwin, adalah penting untuk menjaga bibir untuk suaminya.

Pemilihan warna lipstik juga perlulah sesuai dengan warna kulit. Supaya kita tak nampak terlalu menonjol seperti lagaknya seorang badut.

Sebagai seorang muslimat, biarlah pemilihan warna lipstik tu sesuai dengan keadaan yg tidak terlalu menonjol, tapi kelihatan segar dan cantik.

Kat rumah pon pakai lah sebab suami pon suka isteri nampak cantikkan.

Selain pemilihan warna, bahan2 yg digunakan untuk membuat lipstik juga adalah penting. Cari lipstik yg mengandungi vitamin dan mineral.

Jika bibir mudah kering. Gunakan lipstik yang melembabkan. Awas dengan lipstik yg mengandungi bahan yg terlarang kerana ianya boleh memudaratkan bibir selain menghitamkan bibir.

Runsing mencari lipstik, mari cuba Mary kay pulak. Penuh dengan vitamin dan mineral yg melembabkan bibir selain mempunyai berbagai jenis warna. 💋💋


#naturalbeauty
#ilovemarykay
#simplemakeup
#flawless
#beautywithbrain
#nadeeraorkid
#kulitcantikdansihat
#antiaging
#bukansebarangproduk
#adamineraldanvitamin

1) Marykay gel semi matte


2) Mary kay creme lipstik


3) Mary kay true dimension lipstick


4) Mary kay lip gloss


Tuesday 18 April 2017

Kenapa kita perlu pakai skincare? Walaupun muka elok xde jerawat?





Kalau kulit kita licin tak de jerawat itu bonus. Tak semua orang bernasib baik dapat muka yang tak de jerawat. Tapi? Yakin kah kulit wajah kita yang tak de jerawat itu sihat?

Tak kusam? Tak gelap? Takde white head? Black head? Tak penuh dengan kulit2 mati yang tak disingkirkan?

Kita nak kulit wajah kita sihat sepanjang umur kita kan?

Salah satu sebab nak kulit sihat, kita perlu gunakan skincare yang betul. Skincare yang bertindak sebagai suppliment muka kita. Skincare yang membekalkan vitamin dan mineral serta khasiat2 yg diperlukan oleh kulit.

Jadi pilihlah skincare yang dibuat dengan bahan semula jadi.

Pening nak cari? Jangan risau.. skincare Mary kay kan ada..

Di iktiraf oleh The skin cancer Foundation taw. Miaww

#naturalbeauty
#ilovemarykay
#simplemakeup
#flawless
#beautywithbrain
#nadeeraorkid
#kulitcantikdansihat
#antiaging
#bukansebarangproduk
#adamineraldanvitamin



Sunday 16 April 2017

Tips memilih jenis foundation TERBAIKK!!


Foundation ada beberapa jenis bentuk. Antaranya dalam bentuk krim, stick, cecair(liquid) dan serbuk(powder).

Tapi, adakah anda sudah memilih jenis foundation yg mana sesuai untuk kulit anda?

Jom kita tgk antara tips2 nya.

(COPY PASTE ADALAH DILARANG SAMA SEKALI)

1) Kulit jenis kering.
 Jenis foundation yang paling sesuai adalah jenis stick, liquid dan hydrating powder foundation.

Sebab selalunya foundation jenis stick dan liquid dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.

Manakala untuk powder foundation pilih yg hydrating. Kerana hydrating powder foundation telah dicampur dengan bahan yg melembabkan kulit dalam hasil pembuatannya.

Lagi pula ianya memberi lebih coverage berbanding pressed powder yg biasa.

2) Kulit berminyak.
    Gunakan oil free liquid atau powder foundation. Ini kerana kedua jenis ini dapat menyerap lebihan minyak dan meninggalkan wajah yg kelihatan lembut dan matte . Kata Ni'Kita Wilson, a cosmetic chemist a Cosmetech Labs in Fairfield, New Jersey.

Make up mineral selalunya lebih sesuai di atas kulit yg berminyak kerana setiap butir mineral dapat menyerap lebihan minyak. Ujar American Society of Cosmetic Dermatology & Aesthetic Surgery.

Jika muka senang breakout dan berjerawat. Gunakan foundation yg mengandungi salysilic asid.

3) Kulit kombinasi.
   Gunakan powder foundation di kawasan yang selalu menghasilkan lebihan minyak dan sapu nipis saja di tempat2 yg kurang berminyak. ( stick dan liquid foundation pun boleh gunakan cara yang sama).

Peningkan nak tentukan yang mana yg terbaik untuk kulit?

Alamak, ni rahsia saya. Gunakan Marykay liquid foundation. Sebab, Marykay buat khusus mengikut jenis kulit.

Ada 2 jenis iaitu Timewise matte-wear liquid foundation khas untuk kulit jenis kombinasi ke kulit berminyak dan Timewise lumimous wear khas untuk kulit normal ke kulit kering.

Dan foundatiom Marykay adalah salah satu suppliment untuk merawat muka taw. Sebab dia ada mineral. Best kan!! Jom tukar kepada Mary Kay.



#naturalbeauty
#ilovemarykay
#simplemakeup
#flawless
#beautywithbrain
#nadeeraorkid
#kulitcantikdansihat
#antiaging
#bukansebarangproduk
#adamineraldanvitamin

RUJUKAN: www.oprah.com


Wednesday 12 April 2017

Tips untuk dapatkan kulit sihat






Mendapat kulit yang sihat menjadi impian seluruh manusia di dunia ini.

Siapa yang tak nak kulit cantik dan sihat kan? Bila kulit sihat, pakai makeup pun orang tak cakap, fake. Sebab, bila tak pakai kulit dah memang cantik. Betul kan??

Jom kita tengok antara tip-tip nya.

MENGGUNAKAN SKINCARE YANG BAIK DAN SELAMAT UNTUK KULIT.

Ini termasuk sunscreen dan cleanser. Dengan cara ini, kulit anda akan terus glowing dan sihat di masa hadapan.

Tak ada masa untuk penjagaan rapi pada wajah? Tapi anda masih boleh manjakan diri dengan penjagaan asas macam cleanser dan moisturizer.

LINDUNGI KULIT ANDA DARI SINAR UV/MATAHARI.

Macam mana tu?

1) Gunakan sunscreen. Gunakan broad-spectrum sunscreen dengan sekurang-kurangnya SPF 15. Gunakan setiap 2 jam atau lebih kerap ketika anda berenang atau melakukan aktiviti luar.

2) Cari tempat berteduh. Elakkan terkena matahari antara pukul 10am ke 2pm. Sebab pancaran matahari pada waktu ini adalah paling kuat.

3) Pakai baju terlindung dari matahari, seperti baju lengan panjang, seluar panjang dan topi.

JANGAN MEROKOK.

Tahukan anda merokok boleh membuatkan kulit nampak lebih tua dan menyebabkan garis kedutan pada kulit.

Ini kerana merokok menyebabkan salur darah yg paling dekat dengan kulit menjadi sempit sekaligus menghalang kulit daripada mendapat oksigen dan nutrien yang secukupnya.



Nak cari sunscreen yang selamat? Meh cuba Marykay. Ada mineral dan vitamin. Skincare juga berasaskan bahan2 botani. Khusus mengikut jenis kulit. Jom jom 😍😊😊





#naturalbeauty
#ilovemarykay
#simplemakeup
#flawless
#beautywithbrain
#nadeeraorkid
#kulitcantikdansihat
#antiaging
#bukansebarangproduk
#adamineraldanvitamin

Rujukan :
http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237

Tuesday 11 April 2017

Hidung berair? Selsema tanpa henti?

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog saya, di harap semuanya sihat2 saja hari ni.

Perasan tak? Bila kita ada anak2 kecil, tapi anak2 selalu sangat selsema atau demam?

Bila dah selsema tu, susah sangat nak sembuh, makan masa berminggu2?

Sebenarnya semua bergantung kepada pemakanan yg di ambil. Kalau makanan yang dimakan menggalakkan penghasilan mucus atau bahasa pasarnya hingus atau kahak. Maka selsema akan mengambil masa untuk sembuh, malah makin teruk!!

Apa dia makanan yang menghasilkan mucus tu? Jom kita tengok gambar.

Antaranya : Jagung, minyak jagung, susu, keju, yogurt, gula, jems dan jeli, ais krim, cookies, butter, cereal, pai, roti, kek, pretzel, makanan bergoreng dan juga soya.

Adakah kita tak boleh untuk makan makanan ini?

Boleh, selepas sembuh dari selsema. Selalunya anak2 kecil yang akan mempunyai masalah selsema bila makan makanan ini secara berlebihan. Jadi kita perlulah mengawal pengambilannya. Ambillah secara berpada2.

Ok, bila ada makanan yang menghasilkan mucus, sudah tentu ada makanan yang mencegah dari penghasilan mucus atau erti kata lain kahak atau hingus.

Antaranya: kobis bunga, bawang putih, asparagus, bawang merah, lemon, limau, grapefruit, sayuran hijau, halia, nenas dan buah oren.

Ini cara saya, bila anak2 mula menunjukkan simptom2 selsema atau demam, saya akan buatkan anak2 sup yang penuh dengan segala jenis bawang dan halia. Lepastu letak ayam. Alhamdulillah, dalam masa kurang seminggu selsema anak2 semakin kurang dan akhirnya sembuh. Cubalah!! Untuk orang dewasa pon OK taw. Makan setiap hari sampai sembuh.